Konflik dalaman bermaksud pertentangan yang berlaku di dalam jiwa watak. Biasanya ia berhubungkait dengan emosional dan tidak dapat diperhatikan dengan mata kasar.
Ini boleh dikaitkan dengan watak-watak yang terdapat di dalam Hikayat Awang Kamaruddin yang mengalami konflik dalaman antara watak dengan watak atau watak dengan jiwa, perasaan atau emosi. Ini dapat dilihat di dalam Hikayat ini , iaitu:
1) Lamang Labai mengalami konflik perasaan ingin tahu.
2)Lamang Labai mengalami perasaan menyesal apabila bertindak melulu merampas tunangan Anggayan Damit yang bernama Dang Kasuma.
3)Anggayan Damit merasa keegoannya sebagai lelaki tercabar.
4)Anggayan Damit juga merasa cemburu .
5)Dang Kumala merasa terlalu sedih apabila mendapat tahu abangnya Anggayan Damit mati dibunuh oleh Lamang Labai.
6)Awang Kamaruddin sebagai watak utama di dalam Hikayat Awang Kamaruddin mengalami konflik jiwa .
- Keinginan hati Awang Kamaruddin untuk merampas tunangan orang
- Tunangnya Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa berlaku curang dengan lelaki lain .
- Awang Kamaruddin duduk di sebelah kanan pengantin perempuan dan dia bertindak mendudukkannya disebelah kiri Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
Terdapat beberapa contoh konflik dalaman yang dialami oleh watak-watak di dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Watak pertama ialah Lamang Labai. Contoh pertama, Lamang Labai mengalami konflik perasaan ingin tahu. Lamang Labai ingin mengetahui sejauh mana kecantikan Dang Kasuma seperti yang dikhabarkan oleh rakan-rakannya. Apabila ada perasaan ingin tahunya, ia lalu mengintai Dang Kasuma di hujung titian Jalan Setapak dan terus melarikan Dang Kasuma ke Bukit Sinarubai setelah mendapati Dang Kasuma memang betul-betul cantik seperti yang digambarkan oleh rakan-rakannya.
Contoh seterusnya, Lamang Labai mengalami perasaan menyesal apabila bertindak melulu merampas tunangan Anggayan Damit yang bernama Dang Kasuma. Ia menyesal setelah mendapati Anggayan Damit mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Dang Kumala yang juga mempunyai rupa paras yang cantik seperti Dang Kasuma.
Watak kedua ialah Anggayan Damit. Contoh pertama, Anggayan Damit merasa keegoannya sebagai lelaki tercabar. Ia tidak mahu dianggap sebagai lelaki dayus apabila Lamang Labai merampas tunangannya Dang Kasuma. Ia lalu mengajak Lamang Labai berperang demi semata-mata untuk mendapatkan kembali tunangnya.
Anggayan Damit juga merasa cemburu apabila mendapat tahu Lamang Labai membawakan bekal sirih pinang sekapur yang dibuat oleh Dang Kasuma. Hal ini berlaku ketika mereka hendak berperang sesama sendiri. Disebabkan rasa cemburu dan sakit hatinya, ia menikam Lamang Labai bermati-matian sewaktu berperang dengan Lamang Labai untuk melepas rasa geram di hati.
Watak ketiga ialah Dang Kumala, adik kepada Anggayan Damit. Dang Kumala merasa terlalu sedih apabila mendapat tahu abangnya Anggayan Damit mati dibunuh oleh Lamang Labai. Baginya, tanpa abangnya di sisi, hidupnya seolah-olah tidak berguna lagi. Disebabkan terlalu sedih, ia lalu meminta Lamang Labai membunuhnya, walaupun Lamang Labai pada mulanya terasa berat hati untuk menunaikan permintaannya.
Sumber : ilustrasi gambar ini adalah hasil lukisan daripada unit penerbitan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
Watak keempat yang mengalami konflik jiwa ialah Awang Kamaruddin. Contoh pertama, keinginan hati Awang Kamaruddin untuk merampas tunangan orang. Hal ini berlaku setelah ia melihat kecantikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa melalui kesaktiannya. Ia juga ingin merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dari tangan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan tujuan untuk mencari gaduh agar dapat berperang dan menunjukkan kegagahannya kepada musuh. Apabila Awang Kamaruddin mempunyai keinginan ini, ia lalu meminta izin daripada ibunya Dang Kasuma untuk berangkat ke Negeri Jawa.
Watak seterusnya ialah Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. Konflik pertama yang dialaminya ialah rasa sakit hati. Ia sakit hati apabila mendapati tunangnya Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa berlaku curang dengan lelaki lain (duduk bermesra-mesraan dengan Awang Kamaruddin). Disebabkan rasa sakit hatinya ini, ia terpaksa keluar dari pertapaannya walaupun jangka atau waktu tamat pertapaannya hanya tinggal 7 hari sahaja lagi.
Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti juga mengalami rasa sakit hatinya apabila Awang Kamaruddin bertindak mendudukkannya di kiri pengantin perempuan, sedangkan Awang Kamaruddin duduk di sebelah kanan pengantin perempuan. Baginya, perbuatan Awang Kamaruddin itu sudah menunjukkan yang Awang Kamaruddin hendak merampas tunangnya. Ia marah dan menyumpah-nyumpah Awang Kamaruddin dan mengajak Awang Kamaruddin berperang.
Watak seterusnya ialah Dang Siti Noralam. Ia merasa sakit hati apabila Awang Kamaruddin pernah menghinanya sewaktu kecil dahulu dengan mengatakan yang ia berwajah hitam, berhingus dan mempunyai rambut pendek seperti janggut udang. Disebabkan rasa sakit hatinya, ia enggan dipinang oleh Awang Kamaruddin setelah mendapat khabar Awang Kamaruddin hendak meminangnya. Ia lalu lari ke Bukit Si Guntang-Guntang untuk meminta dirinya ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa.
wow nice
BalasPadam