Unsur Kesaktian

Definisi kesaktian ialah kepandaian (kemampuan) berbuat sesuatu yang bersifat ghaib. Kesaktian biasanya diperolehi melalui pertapaan yang dilakukan di puncak gunung.
Selain itu, definisi kesaktian juga dikaitkan dengan kekuasaan ghaib yang dimiliki oleh seseorang dan kekuasaan itu juga dapat menolak setiap guna-guna yang ditujukan kepada dirinya.

Berdasarkan makna atau definisi kesaktian yang terdapat di atas, kajian telah dilakukan terhadap teks Hikayat Awang Kamaruddin. Terdapat banyak unsur kesaktian dalam Hikayat Awang Kamaruddin (HAK). Unsur-unsur kesaktian di dalam teks tersebut dapat dibuktikan melalui watak utama, iaitu Awang Kamaruddin. Selain itu watak-watak lain seperti Lamang Labai, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (TPBBIS), Dang Kumala (DK), Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu dan sepupu-sepupu Awang Kamaruddin.


UNSUR-UNSUR KESAKTIAN DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Watak Lamang Labai
  •  Melukis dengan ilmu Penuduh Burung
Dalam bab 1, mengisahkan Lamang Labai yang hendak memikat dan menculik Dang Kasuma dengan melukis gambar atas tanah untuk memikat Dang Kasuma dengan menggunakan penuduh burung.


(*NOTA: Penuduh burung adalah pengasih atau pemanis. Ia merupakan ilmu untuk menurut kata atau guna-guna).



  • Menapakan anak-anaknya dalam Buah Pinang Si Gangga Wari.
Dalam bab 9, Lamang Labai telah menapakan anak-anaknya dengan isteri lain iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu dalam sebiji buah pinang Si Gangga Wari di tepi laut. Kesaktian buah Pinang Si Gangga Wari, pokoknya terlalu tinggi dan jika ditiup angin timur akan bergoyang ke arah laut dan jika ditiup angin barat akan melentik-lentik ke puncak gunung.


(*NOTA: Buah Pinang Si Gangga Wari ialah merupakan tempat tapaan adik-adik Awang Kamaruddin).




Watak Dang Kumala dan 13 Orang Sepupu-sepupunya
  •  Mendapat gerak panggilan abangnya dan melihat dalam kesaktian
Dalam bab 6, Dang Kumala mendapat gerak panggilan daripada abangnya yang memerlukan bantuannya. Apabila dilihat dalam kesaktiannya, Awang Kamaruddin sedang berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di Gunong Maha Biru, Negeri Jawa.



  •  Boleh bertukar menjadi pelbagai rupa
Dang Kumala dan 13 orang sepupu-sepupunya menjelma menjadi berbagai-bagai jenis burung seperti Burung Si Marak Jantan, Burung Si Marak Nuri dan Burung Si Jambak Wali terbang menuju ke Gunung Maha Biru untuk membantu Awang Kamaruddin berperang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.



Dang Kumala dan Dang Bongsu menjelma menjadi angin(DK) dan hujan(DB) untuk mengambil anak batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang berada dalam jagaan Tuan Puteri Si Raksasa di Bukit Si Guntang-Guntang, untuk mendamaikan atau memberhentikan peperangan tersebut.




Watak Awang Kamaruddin

Awang Kamaruddin merupakan watak utama dalam Hikayat Awang Kamaruddin. Dia merupakan anak kepada Lamang Labai dengan Dang Kasuma, abang kepada Dang Kumala, Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bungsu serta suami kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan Dang Siti Noralam. Dalam kehidupannya, dia sering menggunakan beberapa kesaktian untuk mencapai impiannya, antara kesaktiannya ialah:
  •  Melihat Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa  melalui kesaktiannya.
Dalam bab 2, Awang Kamaruddin dapat melihat Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa di dalam Panggau Gading 9 Ringkat di Negeri Jawa. Pada ketika itu, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedang bersiap-siap untuk perkahwinannya dengan tunangnya, Tuan Pemagat Bongsu Baginda  Indera Sakti.



  • Dapat meniru suara orang lain.
Dalam bab 3, Awang Kamaruddin dapat meniru suara Raja Muda Indera Bongsu untuk berjumpa dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ) di Panggau Gading 9 Ringkat di Negeri Jawa. Ketika itulah Awang Kamaruddin menggunakan ilmu pengasih atau penuduh burung kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa (TPBKJ) yang telah jatuh pengsan setelah melihat Awang Kamaruddin.
  • Membuat Kolam menggunakan Keris Aluk Sembilan di Gunung Maha Biru.
Dalam Bab 5, Awang Kamaruddin dapat membuat kolam di Gunung Maha Biru dengan menggunakan kesaktian kerisnya iaitu Keris Aluk Sembilan. Air kolam itu untuk diminum oleh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti ketika kehausan sewaktu berperang terlalu lama dengan Awang Kamaruddin. Airnya terpaksa diambil dengan sehelai daun Irik.



  •  Memanggil adiknya, Dang Kumala untuk meminta bantuan ketika dalam peperangan.
Dalam bab 5, Awang Kamaruddin menghentakkan kakinya sebanyak 3 kali sehingga meruntuhkan tujuh rambian Gunung Maha Biru dan berteriak dari Negeri Jawa untuk memanggil adiknya, Dang Kumala di Negeri Timur meminta bantuan.



  • Dapat menjelma menjadi Lalat Kuning
Dalam bab 9, Awang Kamaruddin menjelma menjadi lalat kuning untuk mengambil Pinang Si Gangga Wari yang terletak di tepi laut. Di dalam buah pinang itulah, adiknya, Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu ditapakan oleh ayahnya, Lamang Labai.




  • Boleh terbang dari satu tempat ke satu tempat
Dalam bab 5, Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda  Indera Sakti (TPBBIS) boleh terbang dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk berperang. Ini terbukti, apabila mereka berperang terlebih dahulu di Panggau Penganggunan (pelaminan) lalu pindah ke tanah luar Istana Negeri Jawa (halaman). Setelah itu, mereka terbang ke Bukit Perhentian dan berpindah lagi ke Gunung Mega Berangkat selama 3 hari 3 malam. Selepas itu, mereka berpindah lagi ke Bukit Tunan selama 7 hari dan terakhir ke Gunung Maha Biru, tempat Tuan Pemagat Bongsu Baginda  Indera Sakti berjaya dibunuh dan dihidupkan semula.
  • Dapat menghidupkan orang yang sudah mati
Dalam bab 6, Awang Kamaruddin menghidupkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda  Indera Sakti  dengan meniup tangkai hati Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

Selain itu, Awang Kamaruddin menghidupkan pengikut-pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang terbunuh dalam peperangan dengan cara menghentakkan kaki tiga kali dan berteriak atau menjerit sebanyak tiga kali, apabila suara Awang Kamaruddin melintasi tentera yang mati, mereka pun hidup semula.

Selain itu dalam bab 8, Awang Kamaruddin menghidupkan Dang Siti Noralam setelah ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu yang bertukar menjadi serbuk putih dengan menggunakan Minyak Si Lompat Pagar dan Aying Mawal sebanyak 3 titik, iaitu titik pertama menjadi bentuk manusia, titik kedua ada bernyawa dan titik ketiga lalu terduduk Dang Siti Noralam lengkap seperampun keemasan perhiasannya.





Dalam bab 10, Awang Kamruddin juga menghidupkan atau menjelmakan adik-adiknya, Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu yang telah ditapakan di dalam sebiji buah Pinang Si Gangga Wari yang terletak di tepi laut. Awang Kamaruddin menghidupkan adik-adik tirinya dengan menggunakan Aying Mawal dan Minyak Si Lompat Pagar sebanyak 3 titik, iaitu  titik pertama menjadi bentuk manusia, titik kedua ada bernyawa dan titik ketiga lalu terduduk Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu. Mereka pun diminumkan dengan Aying Mawal serta dimandikan dengan langir warisan peninggalan Lamang Labai.



  • Bertapa di Danau di Hulu Banjarmasin
Di akhir cerita HAK, Awang Kamaruddin menghabiskan masa tuanya dengan bertapa di danau, Hulu Banjarmasin. Digambarkan danau tersebut dikelilingi hutan umpul-umpul, lapang, airnya berwarna hijau dan bunyinya seperti ombak serta wasainya tujuh ringkat. Awang Kamaruddin duduk bersila di hujung Sulindayannya yang berpermata hijau yang boleh berenang ke sana sini dalam danau tersebut.

Watak Dang Kasuma
  •  Boleh Menenun Kain
Dalam bab 2, apabila Awang Kamaruddin bersiap-siapa hendak pergi ke Negeri Jawa, Dang Kasuma memakaikannya dengan kain rancung tenunannya, iaitu Kain Si Lubang Bangsi, berbiru-birui kedualapan, berawan-awankan awan berlari, tunduk menangis babunya menenuni, diorak sebesar alam digulung sebesar jarum.
  •  Membongkas Anjung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti
Hanya Dang Kasuma seorang sahaja yang boleh membongkas (membuka) ajung tersebut untuk digunakan oleh Awang Kamaruddin belayar ke Istana Besar Negeri Jawa untuk merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dan ke Hulu Negeri Jawa untuk mencari Dang Siti Noralam yang merajuk.

Watak Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti (TPBBIS)

Selain watak Awang Kamaruddin, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti juga memiliki kesaktiannya yang tersendiri. Ini kerana Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti merupakan anak angkat kepada Tuan Puteri Si Raksasa yang ditapakannya di Bukit Si Guntang-Guntang. Antara kesaktiannya ialah:
  • Bertapa dengan duduk di Puncak kerisnya, keris senjata aluk sembilan.
Dalam bab 3, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti sedang bertapa di Bukit Si Guntang-Guntang, di tempat Tuan Puteri Si Raksasa, dengan duduk bersila di puncak kerisnya, keris senjata aluk sembilan.

  •  Dapat firasat atau gerak hati bahawa tunangnya, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa hendak dirampas oleh Awang Kamaruddin
Dalam bab 3, semasa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti sedang bertapa, pertapaannya hanya tinggal 7 hari lagi akan tamat, dia terasa bahawa tunangnya telah diganggu oleh seorang lelaki sehingga dia dapat merasakan kesakitan yang amat sangat pada indung batisnya sebelah kanan sehingga pedih hulu hati dan jantungnya lalu terasa atas kepalanya hendak terbelah.
  • Dapat melihat dalam kesaktian, Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dikunjungi oleh Awang Kamaruddin
Setelah datang firasat tersebut, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pun melihat dalam kesaktiannya ternyata Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa telah dikunjungi oleh Awang Kamaruddin sehingga mereka ini ‘duduk hampir bertemu tuhut, makan pinang sirih sekapur dan bersigup berganti-ganti’.



  • Dapat Menjelma menjadi Lalat Kuning
Apabila Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti melihat hal tersebut, dia pun meminta keizinan kepada gurunya, Tuan Puteri Si Raksasa, untuk pulang ke Tanjung Keinderaan. Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menukarkan dirinya menjadi lalat kuning untuk pulang ke Tanjung Keinderaan.
  •  Nyawanya disimpan di dalam anak batu pertapaan (simpanan Tuan Puteri Si Raksasa)
Dalam bab 6, ketika peperangan antara Awang Kamaruddin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, Dang Kumala dan Dang Bongsu mahu mereka agar berdamai sahaja tetapi tidak dipersetujui oleh Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti. 
Ini menyebabkan Dang Bongsu membongkar rahsia bahawa nyawa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti bukan dibadannya akan tetapi ditapakan di dalam anak batu pertapaan dan dijaga dengan rapi oleh Tuan Puteri Si Raksasa, iaitu ibu angkat dan guru kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang tinggal di Bukit Si Guntang-Guntang.

  • Dapat Firasat atau Gerak Hati Bahawa Ajalnya Akan Tiba
Dalam bab 6, semasa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti sedang berperang dengan Awang Kamaruddin, Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti terasa bahawa ajalnya akan tiba, apabila dia dapat merasakan kesakitan yang amat sangat pada indung batisnya sebelah kanan sehingga naik ke tulang belakangnya lalu pedih tangkai hati dan jantungnya dan naik  ke bumbunannya.

Watak Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu

Tuan Puteri Si Raksasa adalah ibu angkat dan guru kepada Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang tinggal di Bukit Si Guntang-Guntang.
  •  Menapakan nyawa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di dalam anak batu pertapaan
Dalam bab 6, Tuan Puteri Si Raksasa yang tinggal di Bukit Si Guntang-Guntang telah menjaga dengan rapi anak batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang merupakan tempat nyawa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti disimpan.
  •  Boleh Menelan Manusia
Dalam bab 8, Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu mempunyai kesaktian, iaitu dapat menelan Dang Siti Noralam sehingga rupa bentuknya seperti Dang Siti Noralam. Dang Siti Noralam minta telan kerana merajuk apabila mengetahui Awang Kamaruddin berkahwin lain dan merasa jauh hati dengan hinaan Awang Kamruddin kepadanya dahulu, iaitu perempuan yang hinda bisai (hodoh), beripil (berhingus), rambutnya buntak macam janggut bubuk, macam janggut gandum serta lanjak perulahan laginya damit.
  • Boleh Berubah Pelbagai Bentuk Kejadiannya
Dalam bab 8 juga, setelah Tuan Puteri Si Raksasa memakan Dang Siti Noralam dan tidak mahu memberitahu keberadaan Dang Siti Noralam, akhirnya berlaku perperangan antara Awang Kamaruddin dengan dirinya. Ketika dalam peperangan tersebut, Tuan Puteri Si Raksasa mengubah bentuk kejadiannya dengan dapat mengecilkan dan membesarkan badannya ketika dicabar oleh Awang Kamaruddin. Apabila badannya menjadi kecil, Awang Kamaruddin mengambil kesempatan dengan memenggalnya menjadi dua bahagian. Setelah badannya dipenggal dua, kepalanya dibuang ke laut menjelma menjadi Naga Kepala Tujuh dan ekornya dibuang ke hutan menjelma menjadi Harimau Jantan yang buas.



UNSUR KESAKTIAN BERBENTUK PENYAMARAN ATAU JADIAN-JADIAN DALAM HIKAYAT AWANG KAMARUDDIN

Penyamaran atau jadi-jadian dalam Hikayat Awang Kamaruddin yang dilakukan oleh beberapa orang watak dilakukan atas sebab dan tujuan untuk mengelakkan diketahui atau dikesan, memudahkan melakukan sesuatu dan mempercepatkan sampai ke destinasi yang dituju. Antara penyamaran atau jadi-jadian yang dilakukan ialah:

MENYAMAR SUARA RAJA MUDA INDERA BONGSU

Keterangan: Penyamaran.
Watak: Awang Kamaruddin.
Sebab penyamaran:
Untuk masuk ke dalam bilik Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Tujuan Penyamaran:
Awang Kamaruddin menukar suaranya menjadi suara Raja Muda Indera Bongsu supaya dibenarkan masuk ke dalam bilik Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Selain itu, Awang Kamaruddin ingin bertemu mata  atau bercakap dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sekaligus membacakan penuduh burung kepada Tuna Puteri Bongsu Kumala Jawa agar jatuh cinta padanya. 

  
Sumber : ilustrasi gambar ini adalah hasil lukisan daripada unit penerbitan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.


1)   BERTUKAR MENJADI LALAT KUNING

      Keterangan: Penyamaran.
      Watak: Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.
     Sebab penyamaran:
      i) Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti membuat penyamaran kerana hendak segera pulang ke Tanjung Keinderaan (di kayangan). – BAB 3
      ii) Awang Kamaruddin menyamar untuk cepat sampai ke tepi laut. – BAB 9-10


       Tujuan penyamaran:
      a) Penyamaran Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti bertujuan untuk pulang ke Tanjung Keinderaan untuk mempercepatkan majlis perkahwinannya dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa setelah dia melihat dalam kesaktiannya bahawa tunangnya didatangi oleh Awang Kamaruddin dalam peraduannya. Dia sanggup keluar dari pertapaannya yang tinggal seminggu sahaja lagi akan tamat demi mempertahankan maruah dan haknya.

      b) Penyamaran Awang Kamaruddin bertujuan untuk mengambil dan membuka tapaan dua orang adiknya, iaitu Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu, yang ditapakan oleh Lamang Labai di dalam sebiji Buah Pinang Si Gangga Wari sejak mereka dilahirkan lagi. Awang Kamaruddin sahajalah yang diamanahkan untuk mengambil dan membuka tapaan itu.

2)   BERTUKAR MENJADI BURUNG SI MARAK NURI, SI MARAK JANTAN DAN SI JAMBA WALI

Keterangan: Penyamaran.
Watak: Dang Kumala dan 14 orang sepupunya – 8 lelaki dan 6 perempuan.– BAB 6
Sebab penyamaran:
Penyamaran dilakukan oleh Dang Kumala dan 14 orang sepupunya supaya mereka cepat sampai ke Negeri Jawa, iaitu di Gunung Maha Biru, tempat peperangan Awang Kamaruddin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.



Tujuan Penyamaran:
Mereka berhasrat untuk memberikan pertolongan kepada Awang Kamaruddin yang memerlukan bantuan melalui gerak firasat Dang Kumala, agar dapat memerangi dan menewaskan bala tentera Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang terlalu ramai. Selain itu, Dang Kumala dan Dang Bongsu datang untuk mendamaikan peperangan tersebut kerana Awang Kamaruddin dan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti adalah bersaudara atau bersepupu sebelah ibu.


3)   BERTUKAR MENJADI ANGIN DAN HUJAN

Keterangan: Jadi-jadian.
Watak: Dang Kumala (angin) dan Dang Bongsu (Hujan). – BAB 6

Sebab jadi-jadian: Mereka bertukar menjadi angin dan hujan untuk cepat pergi ke Bukit Si Guntang-Guntang dan agar tidak diketahui atau dikesan kehadiran mereka oleh Tuan Puteri Si Raksasa.



Tujuan jadi-jadian:
Mereka menukarkan diri menjadi angin dan hujan bertujuan untuk mengambil Anak Batu Pertapaan, iaitu tempat nyawa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti disimpan dengan rapi oleh Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu, di Bukit Si Guntang-Guntang di Hulu Negeri Jawa. Seandainya, batu tersebut tidak diambil, nescaya peperangan tidak akan berhenti (akan berlarutan). Bahkan amat sukarlah untuk membunuh dan mengalahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti yang ternyata nyawanya terasing daripada badannya kerana dia tidak seperti manusia-manusia biasa.

4)   BERTUKAR MENJADI HARIMAU JANTAN DAN NAGA BERKEPALA TUJUH

Keterangan: Jadi-jadian.
Watak: Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu. – BAB 8

Sebab jadi-jadian:
Selepas ditewaskan oleh Awang Kamaruddin apabila Awang Kamaruddin memenggal badannya menjadi dua bahagian, sepenggal dibuang ke laut lalu menjadi seekor naga kepala tujuh, manakala sepenggal lagi dibuang ke darat lalu menjadi seekor Harimau Jantan yang garang.



Tujuan Jadi-jadian:
Seandainya Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu tidak dibunuh, sudah tentu sukar untuk mencari Dang Siti Noralam yang berada di dalam perut Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu setelah ditelannya atas kehendak Dang Siti Noralam sendiri yang merajuk disebabkan tidak diperdulikan dan dihina oleh Awang Kamaruddin.


 
5)   BERTUKAR MENJADI SERBUK PUTIH

Keterangan: Jadi-jadian.
Watak: Dang Siti Noralam.
Sebab jadi-jadian: Dang Siti Noralam menjadi serbuk putih setelah ditelan oleh Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu.



Tujuan Jadi-jadian:
Tuan Puteri Si Raksasa Anak Hantu menjadikan Dang Siti Noralam serbuk putih yang disimpanya di dalam bangsi (buluh) bertujuan agar Awang Kamaruddin sukar untuk mengetahuinya. Walau bagaimanapun, dengan kesaktiannya Awang Kamaruddin dapat mengesan serbuk putih itulah Dang Siti Noralam lalu dihidupkannya Dang Siti Noralam menggunakan Aying Mawal dan Minyak Si Lompat Pagar sebanyak 3 titik, iaitu titik pertama menjadi bentuk manusia, titik kedua lalu bernyawa dan titik ketiga lalu terduduk Dang Siti Noralam.



6 ulasan:

  1. macam nda panuh sja isi ya ne adyh nda
    guna guna

    BalasPadam
    Balasan
    1. what do you mean,i know you dont get it

      Padam
    2. keterangan watak Awangku Tanjung Keinderaan

      Padam
  2. Latar peralatan pedang sulindayan

    BalasPadam
  3. Latar peralatan pedang sulindayan

    BalasPadam