Ilustrasi gambar

Ruangan ilustrasi gambar ini dicipta khusus bagi memberikan gambaran atau bayangan tentang jalan cerita Hikayat Awang Kamaruddin. Tujuan gambar ini diletakkan adalah bagi memudahkan lagi para pengunjung blog memahami jalan cerita Hikayat Awang Kamaruddin dari bab 1 hingga bab 7. 
(Sumber : ilustrasi gambar bagi bab 1 hingga 3 adalah hasil lukisan daripada unit penerbitan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan)
                   
                                                            Bab 1 : KHABAR KEELOKAN
                            
Bab 1 mengisahkan mengenai Lamang Labai yang tinggal di Kampong Bukit Sinarubai. Ia bekerja sebagai petani iaitu berpadi bukit dan berkebun buah-buahan. Dia juga mempunyai berbagai ilmu keduniaan yang dipelajari daripada Raja Jin Tujuh Seperadian.
Pada suatu hari, Lamang Labai mendengar berita daripada kawan-kawannya yang mengatakan bahawa terdapat seorang gadis yang sangat cantik yang tiada tandingannya di negeri itu. Gadis yang dimaksudkan bernama Dang Kasuma.

Apabila mendengar cerita tersebut, Lamang Labai berhasrat untuk melihat sejauh mana kecantikan Dang Kasuma seperti yang dimaksudkan lalu Lamang Labai mengintai-intai tempat yang dikatakan sering dilalui oleh Dang Kasuma untuk ke pangkalan tunan iaitu tempat tamu diadakan. Bagi menarik perhatian Dang Kasuma, Lamang Labai membuat lukisan di atas tanah titian dan lukisan tersebut dibubuhkan ilmu penuduh burung agar berjaya menarik perhatian Dang Kasuma.



Setelah beberapa lama, Dang Kasuma melintasi titian itu dan dia terpandang lukisan yang dilukis oleh Lamang Labai di atas tanah di hujung titian itu. Dang Kasuma tertarik dengan lukisan tersebut sedangkan kawan-kawanya langsung tidak tertarik. Pada ketika itu, Lamang Labai bersembunyi di celah-celah semak-samun sambil memerhatikan Dang Kasuma.   

 
Apabila terpandang wajah Dang Kasuma, Lamang Labai lalu tertarik dengan kecantikan Dang Kasuma lalu merancang untuk membawa Dang Kasuma lari. Sewaktu Dang Kasuma asyik memerhatikam lukisan itu, Lamang Labai keluar dari persembunyiannya dan lantas melarikan Dang Kasuma ke rumahnya di bukit sinarubai.

Setelah Lamang Labai membawa lari Dang Kasuma ke Bukit Sinarubai, beberapa orang tua berjumpa dengan Lamang Labai bagi merundingkan agar Lamang Labai dapat mengembalikan semula Dang Kasuma. Namun, Lamang  Labai enggan menyerahkan Dang Kasuma.

Apabila Lamang Labai enggan menyerahkan Dang Kasuma, orang tua pergi memberitahu hal tersebut kepada tunang Dang Kasuma iaitu Anggayan Damit. Akhirnya,  Anggayan damit bertekad ingin mengambil Dang Kasuma dan terjadilah peperangan antara Anggayan Damit dan Lamang Labai untuk mempertahankan hak dan maruah masing-masing.
Dalam peperangan itu, Anggayan Damit tewas. 
Setelah kemtian Anggayan Damit, Lamang Labai mengahwini Dang Kasuma dan memperpolehi dua org anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan serta menamakannya mengikut wasiat Anggayan Damit.
Di akhir cerita, Lamang Labai meninggal dunia kerana sakit selepas diminta menataki sebuah luagan yang bernama luagan tetanam.

Bab 2: MELIHAT DALAM KESAKTIAN
Awang Kamaruddin melihat melalui ilmu kesaktiannya. Dia mendapati bahawa di Negeri Jawa ada seorang puteri bernama Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedang bersiap-siap hendak melangsungkan persandingan.


Awang Kamaruddin pergi menemui ibunya di Panggau Gading Tujuh ringkat untuk meminta barang peninggalan ayahnya. Dan ingin menemui Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Ibunya membantah kerana Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sudah bertunang tetapi Awang Kamaruddin tetap berkeras dengan tujuan hendak mencuba keupayaan dengan berperang bersama tunangan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa yang bernama Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.


Akhirnya, Dang Kasuma mengalah dan memberikan barang peninggalan Lamang Labai.

Dang Kasuma lalu menyuruh Awang Kamaruddin mandi berlangir menggunakan langir peninggalan ayahnya lalu pergi berjumpa adiknya Dang Kumala dan memberitahu akan hajatnya.

Awang Kamaruddin pergi  menemui adiknya di Panggau Gading Sembilan ringkat bagi memaklumkan pemergiannya ke Negeri Jawa itu. Di samping itu, Awang Kamaruddin meminta kepada adiknya untuk membuatkan bekalan iaitu sirih sekapur sigup segulung untuk bekalannya di dalam perjalanan nanti.   


BAB 3: BERAJUNG KE JAWA
 



Awang Kamaruddin, Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu pergi ke Negeri Jawa dengan menaiki ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti yang dibongkas oleh Dang Kasuma.

Raja Muda Indera Bongsu menyambut kedatangan Awang Kamaruddin, Awang Sukaim dan Si Bujang Laila Bongsu di Anjung Pembujangan.

Awang Kamaruddin menemui Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa dengan menyamar suara Raja Muda Indera Bongsu.

Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa terkejut bila melihat Awang Kamaruddin yang datang. Awang Kamaruddin menggunakan kesaktiannya sehingga Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sedar dan suka kepadanya.

Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menerima gerak alamat tidak baik dan melihat melalui kesaktiannya seorang lelaki sedang mendatangi tunangnya.

Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti memberitahu Tuan Puteri Si Raksasa apa yang dilihatnya. Tuan Puteri Si Raksasa mengarahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti pulang ke Negeri Jawa.

Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti menjadi Lalat Kuning terbang ke Negeri Jawa.
 BAB 4: MANDI LANGIR

Bab 4 ini menceritakan mengenai Awang Kamaruddin dan Raja Muda Indera Bongsu memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa mengunakan langir.
Menurut pandangan Islam mandi berlangir tidak menjadi kesalahan asalkan di dalamnya tidak mengandungi perkara-perkara atau bacaan-bacaan yang bersalahan dengan ajaran agama Islam.

Bab 5: DI PANGGAU PENGANGGUNAN


                       

Bukit Tunan
Letaknya di negeri Jawa, di atas bukit inilah Awang Kamaruddin
dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti berperang
setelah berpindah dari Gunung Mega Berangkat. Mereka berperang
di situ memakan masa tujuh hari


Gunung Mega Berangkat
Letaknya di negeri Jawa, di atas bukit inilah Awang Kamaruddin
dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti berperang yang
memakan masa selama tiga hari tiga malam.



                                               Gunung Maha Biru
               Terletak di negeri Jawa, di puncak gunung inilah Awang
                 Kamaruddin dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti berperang setelah berpindah dari Bukit Tunan.


SINOPSIS BAB 6: GERAK PANGGILAN

Dang Kumala mengumpul sanak-saudara untuk membantu abangnya berperang di Jawa.

Mereka dengan kuasa sakti bertukar menjadi jenis-jenis burung dan terus terbang menuju ke negeri Jawa.
Setiba di Jawa mereka terus berperang dengan pengikut-pengikut Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

Kemudian, Dang Kumala bersama Dang Bongsu pergi ke Bukit Si Guntang-Guntang, tempat pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan Tuan Puteri Si Raksasa, untuk mengambil anak batu pertapaan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

Dengan batu inilah, mereka kemudian membantu Awang Kamaruddin mengalahkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti.

Batu itu digunakan untuk mengasah mata keris Awang Kamaruddin dan akhirnya Awang Kamaruddin berjaya membunuh Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti, namun dihidupkannya semula.


Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti mengaku kalah dan membenarkan Awang Kamaruddin memperisterikan Tuan Pemagat Bongsu Kumala Jawa.  

SINOPSIS BAB 7 : PULANG KE NEGERI TIMUR

Setelah lama berada di Gunung Maha Biru, Awang Kamaruddin , Raja Muda Indera Bongsu bersama dengan Awang Sukaim dan Awang Bujang Laila Bongsu pun pulang ke Istana Besar. Orang ramai yang sebelumnya berkumpul di Istana Besar sudah pulang ke tempat masing-masing.


 Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai menyambut kepulangan Awang Kamaruddin dengan mesra. Setelah ditanya oleh Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai, Awang Kamaruddin memberitahu bahawa Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti masih hidup dan sudah pulang ke tempatnya. Awang Kamaruddin juga menemui Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.

Sebelum pulang ke Negeri Timur, Awang Kamaruddin, Raja Muda Indera Bongsu dan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menemui bonda mereka untuk menyatakan pemergian mereka ke Negeri Timur. Raja Muda Indera Bongsu ikut serta kerana ia dikatakan hendak meminang Dang Kumala manakala Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai terpaksa tinggal di Negeri Jawa.  Awang Kamaruddin berjanji untuk sesekali membawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pergi ke Negeri Jawa untuk melawat babunya. Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa pun pergi dengan sehelai sepinggang kerana Awang Kamaruddin melarangnya membawa segala barangnya kerana segala keperluan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa sudah tersedia di Negeri Timur.

Setelah meminta diri kepada Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai, mereka pun pulang dengan menaiki Ajung Si Lancang Kuning Si Naga Sakti kepunyaan Awang Kamaruddin. Tidak lama mereka belayar itu, maka sampailah ke Negeri Timur.
Awang Kamaruddin pun membawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa menemui bondanya Dang Kasuma di Panggau Gading Tujuh Ringkat.
.

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Cikgu Masitah~ Assalamualaikum. Nada Bab 9 kah? :p

    BalasPadam
  3. cgu,aslamualaikum. ada bab 30? paasal kami disekolah sangat2 megunakan bab seterusnya karena kami sangat profisional akan bab2 sebelumnya, terima kasih.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum cgu Masitah

    BalasPadam