Adat merupakan keseluruhan bentuk kelakuan yang diwarisi turun temurun oleh satu kumpulan. Manakala Istiadat bermaksud aturan yang beradat atau adat yang diaturkan untuk masa-masa yang tertentu sahaja. Aturan itu dipilih dan diambil daripada adat resam kemudian disusun dan diatur serta diiktiraf untuk diikuti dan diamalkan pada masa-masa tertentu oleh sesuatu bangsa atau puak. Aturan tersebut kemudiannya menjadi hak kepunyaan mereka dan diwarisi oleh satu generasi ke satu generasi dan diikuti daripada satu masa ke suatu masa.
Perkataan ‘adat istiadat’ yang sama ertinya dengan perkataan ‘adat resam’ dan ‘upacara’ yang merujuk kepada makna adat. Namun begitu, perkataan adat istiadat biasanya digunakan bagi upacara yang berkaitan dengan raja dan kerabatnya, manakala perkataan adat atau adat resam digunakan bagi rakyat jelata.
Dalam Hikayat Awang Kamaruddin, terdapat adat dan tradisi Masyarakat Kedayan Brunei iaitu Adat Mandi Berlangir dan Adat Menapaki.
MANDI BERLANGIR
Di dalam Bab 4, ada menyebut bahawa Raja Muda Indera Bongsu dan Awang Kamaruddin telah diarahkan oleh Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai untuk memandikan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Mereka memandikan puteri itu secara mandi berlangir. Mandi berlangir merupakan adat sebelum naik pengantin untuk menaikkan seri wajah dan membersihkan tubuh badan.
Dalam bab ini juga menunjukkan bahawa Awang Kamaruddin dan Raja Muda Indera Bongsu mengunakan Ilmu Penuduh Burung yang mereka pelajari yang belum bercacat becabul walau sedikit pun ketika memerah langir dan ketika menyiramkan air langir, kepada Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Awang Kamaruddin mengunakan langir tapaan ayahnya yang sengaja dibawanya dari negeri Timur dengan niat untuk merampas Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Langir perahannya menumbung tinggi menunjukkan dia adalah seorang yang mempunyai ilmu persilatan dan ilmu kesaktian yang tinggi.
Mandi Berlangir menurut Masyarakat Melayu
Apakah langir itu?
Langir ialah sejenis kayu yang digunakan sebagai bahan pencuci, penyegar dan pembersih ketika mandi. Dalam konteks masa kini langir diibaratkan sebagai shampoo, sabun dan pencuci muka.
Tujuan mandi berlangir?
Tujuan mandi berlangir itu ialah untuk membersihkan tubuh badan, menambah keharuman dan meyerikan wajah. Buih dari langir itu digunakan sebagai ganti shampoo, sabun dan pencuci muka.
Mandi berlangir bertujuan untuk membersihkan seluruh tubuh badan dan menaikkan seri muka
Masyarakat manakah yang biasanya mengamalkan mandi berlangir ini?
Pada kebiasaannya masyarakat yang mengunakan langir ini ialah masyarakat Melayu di Brunei. Merangkumi ketujuh-tujuh rumpun Melayu itu sendiri.
Bilakah langir itu digunakan?
Pada kebiasaanya mandi berlangir ini digunakan ketika majlis perkahwinan, iaitu sebelum pengantin naik pelamin, Mandi setelah selesai bersalin, Mandi selepas datang haid dan Ketika memandikan jenazah.
Apakah barang keperluan lainnya yang digunakan untuk mandi berlangir?
Bedak lulut, Bunga tujuh warna dan barang mandian lainnya.
Bagaimanakah cara mandi berlangir itu?
Mengikut orang-orang tua dahulu, terlebih dahulu sebelum mandi berlangir mestilah terlebih dahulu membersihkan badan dengan mengunakan lulut. Setelah membersihkan lulut barulah mandi bersiram mengunakan air bunga tujuh warna.
Kemudiannya lepas bersih seluruh badan barulah mandi mengunakan langir yang telah dibuka kulitnya. Kulitnya itu pula ditumbuk-tumbuk, lalu direndam ke dalam sulang. Buih dari langir itu akan menumbung keluar. Lalu bolehlah digunakan pencedok, untuk disiramkan pada badan.
Terdapat bacaan tertentu ketika mandi berlangir ini, iaitu doa-doa tertentu atau mantera akan dibacakan. Ianya akan dibacakan ketika menumbuk-numbuk, memerah dan menyiramkan air langir itu ketika mandi.
Siapakah yang biasanya memandikan ketika mandi berlangir ini?
Penganggun dan orang tua-tua yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tertentu.
Adakah terdapat kepercayaan ketika mandi berlangir ini?
Ada.
Apakah kepercayaan tersebut?
Diantara kepercayaan ketika mandi berlangir itu ialah jika buih banyak keluar dari langir itu menunjukkan bahawa orang yang memerah langir itu adalah orang yang mempunyai ‘Ilmu’.
Mandi berlangir menurut pandangan Islam
Menurut pandangan Islam, mandi berlangir tidak dilarang dan tidak bersalahan dengan agama, kerana mandi berlangir bertujuan membersihkan tubuh badan. Asal mandi langir ini ialah perbuatan membersihkan dan mengharumkan bau badan. Ianya disebabkan perahan dari langir itu menghasilkan buih yang diumpamakan seperti shampoo dan sabun dalam konteks masa kini. Disebabkan itulah masyarkat masa dulu sering mengunakan langir untuk tujuan mandi dan membersihkan badan.
Perbuatan mandi berlangir hanya akan menjadi suatu kesalahan jika mana-mana perbuatan ketika melakukannya bertentangan dengan ajaran Islam. Contohnya jika terdapat unsur kurafat dan syirik, seperti memuja atau menapakan langir itu untuk tujuan-tujuan tertentu.
ADAT MENAPAKI
Dalam bab 5 mengisahkan mengenai majlis perkahwinan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Di dalam perkahwinan itu, Raja Muda Indera Bongsu mengarahkan Awang Kamaruddin menapakkan pengantin perempuan. Awang Kamaruddin berpura-pura menapakkan tapak tangan pengantin lelaki ke ubun-ubun pengantin perempuan tetapi semasa menapakkan itu, Awang Kamaruddin telah melapis tapak tangan pengantin lelaki dengan menyelitkan jari manisnya, maka yang menyentuh ubun-ubun perempuan adalah tangan Awang Kamaruddin.
Adat menapakkan menurut Masyarakat Brunei
Proses menapakkan ini berlaku di majlis perkahwinan iaitu di majlis bersanding. Setelah pengantin lelaki dibawa berpusing sebanyak 3 kali yang dipanggil "Pusing Naga" kemudian dia akan diiringi ke pelaminan, seterusnya akan menapaki kepala dan bahu pengantin perempuan Bagi menapakkan tapak tangan pengantin lelaki, akan dipilih orang yang tertentu seperti imam dan orang yang tahu akan ilmu agama. Ini kerana sebelum menapakkan tangan pengantin lelaki, imam akan membaca bacaan-bacaan tertentu. Kemudian barulah Imam tersebut menapakkan tangan pengantin lelaki ke bahu kanan, kiri dan ubun-ubun pengantin perempuan. Tujuannya adalah untuk membatalkan air wudhu.
Pengantin lelaki akan dipimpin oleh seorang tua yang dikatakan alim dan mempunyai ilmu pengetahuan tentu adat dulu-dulu. Sebelum menapakkan bacaan doa-doa tertentu dan selawat akan dibacakan. Lalu orang tua atau orang alim tadi akan memimpin tangan pengantin lelaki tadi ke bahu kanan dan kiri pengantin perempuan dan ubun-ubun pengantin perempuan.
Tujuan menapakkan tangan ini ialah untuk mebatalkan air sembahyang atau wudhu diantara kedua pengantin. Tapi menurut penganggun ada lagi cara membatalkan air wudhu ialah dengan cara bersalam diantara kedua pengantin ini yang biasanya terjadi setelah selesai upacara nikah.
Dapat di pahami .
BalasPadam