Video

Dalam halaman ini ada memaparkan klip-klip video yang ada berkaitan dengan Hikayat Awang Kamaruddin  iaitu dari bab 1 hingga bab 7. Klip Video ini sengaja dimasukkan bertujuan untuk memberikan lebih banyak pendedahan secara umum untuk menjana lebih banyak pengetahuan khususnya mengetahui tentang sinopsis cerita secara berurutan.

Penggunaan klip video ini sangatlah berguna dalam melaksanakan pengajaran di sekolah khususnya bagi para guru dan juga pelajar. Guru dapat menarik perhatian pelajar untuk memberikan proses pembelajaran yang menyeronokkan. Bagi pelajar pula dapat menggalakkan mereka untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang cerita dalam teks Hikayat Awang Kamaruddin. Di samping itu juga, dengan adanya klip video yang dipaparkan ini dapat memberikan pembayang pada cerita yang terdapat dalam bab itu. Klip-klip video bagi bab 1 hingga bab 7 ada dipaparkan di bawah ini,
BAB 1 : KHABAR KEELOKAN


Sumber : ilustrasi gambar dalam Video adalah hasil lukisan daripada unit penerbitan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
Video ini mengisahkan tentang sinopsis bab 1 yang menceritakan mengenai Lamang Labai yang menculik Dang Kasuma dan akhirnya berlaku peperangan di antara Lamang Labai dengan tunang Dang Kasuma iaitu Anggayan Damit.

BAB 2 : MELIHAT DALAM KESAKTIAN

 
Sumber : ilustrasi gambar dalam Video adalah hasil lukisan daripada unit penerbitan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
Video ini mengisahkan sinopsis bagi Bab 2 Hikayat Awang Kamaruddin mengenai dengan Melihat dalam kesaktian.

BAB 3: BERAJUNG KE JAWA

 

Setelah kamu selesai menonton video di atas, sila nyatakan persamaan yang terdapat di dalam video tersebut dengan bab 3

BAB 4: MANDI LANGIR
  
Video ini mengisahkan tentang cara penggunaan langir hasil dari temubual bersama warga emas iaitu secara amnya ada bersangkut paut dengan cerita mandi berlangir dalam bab 4.

BAB 5: DI PANGGAU PENGANGGUNAN

 
Video ini mengisahkan mengenai sinopsis Bab 5: Di Panggau Penganggunan

BAB 6: SINOPSIS GERAK PANGGILAN
    
 
Video di atas mengenai Dang Kumala yang telah di datangi gerak panggilan daripada abangnya iaitu Awang Kamaruddin yang sedang bermain perang dengan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti di Gunung Maha Biru. 

BAB 7 : MULIH KE NEGERI TIMUR

 

Dalam bab 7 mengisahkan mengenai Awang Kamaruddin pulang ke Negeri Timur dan membawa Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa bersamanya untuk menemui ibunya Dang Kasuma di Panggau Gading Tujuh Ringkat.

1 ulasan:

  1. tolong masukkan video bab 11~ saya memerlukannya... :)

    BalasPadam