Salasilah keluarga AK

Halaman ini memuatkan tentang salasilah keluarga Awang Kamaruddin. Memandangkan di dalam Hikayat Awang Kamaruddin mempunyai watak yang banyak, maka dengan adanya rajah pokok ini akan lebih memudahkan para pelajar, guru dan juga orang awam untuk mengetahui susur galur keluarga Awang Kamaruddin. Salasilah secara umumnya menunjukkan hubungan (susur galur) atau kekerabatan di dalam sesebuah keluarga.
SALASILAH

A= Ayah Lamang Labai
B=Ibu Lamang Labai
C=Ayah Si Bujang Laila Bongsu/adik-beradik Lamang Labai
D=Ibu Si Bujang Laila Bongsu/Adik-Beradik Lamang Labai
E=Isteri kedua Lamang Labai
F=Ayah Dang Kasuma
G=Ibu Dang Kasuma
H=Suami Dang Kasuma Mata

PENERANGAN SALASILAH KELUARGA AWANG KAMARUDDIN
Mengenai sepupu Awang Kamaruddin sebelah bapa iaitu di dalam muka surat 19 ada dinyatakan bahawa Awang Bujang Laila Bongsu merupakan sepupu Awang Kamaruddin sebelah bapa. Merujuk pada kenyataan itu, sudah semestinya Lamang Labai mempunyai adik-beradik namun tidak diketahui namanya, sama ada adik-beradiknya itu merupkan ibu atau ayah kepada Si Bujang Laila Bongsu.
Lamang Labai berkahwin dengan Dang Kasuma dan melahirkan Awang Kamaruddin dan Dang Kumala.Awang Kamaruddin merampas tunang Tuan Pamagat Bongsu Baginda Indera Sakti iaitu Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Awang Kamaruddin Berjaya merampas dan akhirnya berkahwin dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa. Awang Kamaruddin dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa merupakan sepupu sebelah ibu. Ini ada dinyatakan di dalam muka surat 22 iaitu adik kedua Dang Kasuma ialah Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai berkahwin dengan Raja Jawa yang melahirkan Raja Muda Indera Bongsu dengan Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa.
Tunang Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa iaitu Tuan Pemagat juga merupakan sepupu Awang Kamaruddin sebelah ibu dan ini juga ada dinyatakan di dalam muka surat 22 iaitu adik kelima Dang Kasuma yang bernaman Dang Kumala Bongsu berkahwin dengan Raja Pemagat di Tanjung Keinderaan telah melahirkan Tuan Pemagat Bongsu Baginda Indera Sakti dan Tuan Puteri Kumala Bongsu.
Di dalam muka surat 19 juga ada dinyatakan bahawa Awang Kamaruddin mempunyai sepupu sebelah ibunya iaitu Awang Sukaim. Awang Sukaim mempunyai adik yang bernama Dang Siti Noralam iaitu isteri kedua Awang Kamaruddin. Ibu kepada kedua-dua adik beradik ini bernama Dang Kasuma Mata iaitu adik keenam Dang Kasuma. Perkara ini dinyatakan dalam muka surat 31.
Dalam bab 9 Hikayat Awang Kamaruddin (muka surat 89), ada dinyatakan bahawa Awang Kamaruddin mempunyai 2 orang adik lagi iaitu adik-beradik sebapa (hasil perkahwinan Lamang Labai dengan isterinya yang kedua). Adik-adiknya ini bernama Sultan Bongsu dan Tuan Puteri Kumala Bongsu.
Di akhir bab (ms.104), Dang Kasuma mempunyai adik beradik yang lain selain Tuan Puteri Permaisuri Intan Mas Surai, Tuan Puteri Permaisuri Kumala Bongsu dan Dang Kasuma Mata iaitu Dang Sarbanun, Dang Tengah dan Dang Ratna Sari. Dalam Hikayat ini, ada dinyatakan bahawa Raja Muda Indera Bongsu (abang Tuan Puteri Bongsu Kumala Jawa) ingin meminang Dang Kumala (Adik Awang Kamaruddin) namun tidak diceritakan kisah persandingan mereka. Tetapi di akhir cerita, ada dinyatakan bahawa mereka mempunyai seorang anak yang diberi nama Dang Dara Daun Irik. Awang Kamaruddin juga mempunyai seorang anak hasil dari perkahwinannya dengan Tuan Puteri Kumala Bongsu yang diberi nama Awang Amir Shamsu. Manakala, perkahwinannya dengan Dang Siti Noralam tidak dikurniakan anak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan