Jumaat, 29 Oktober 2010

widgets

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM


Sebagai pengenalan, blog tunasastera Hikayat Awang Kamaruddin yang berunsurkan ilmiah ini  merupakan hasil kerjasama dari 7 orang mahasiswi bagi  memenuhi kursus PL 4204 KP : Kesusasteraan Melayu II yang dikendalikan oleh pensyarah Rozaiman Makmun. Setinggi-tinggi penghargaan kami berikan kepada beliau kerana membantu kami dalam menyiapkan blog ini.
Laman-laman yang dimuatkan dalam blog ini adalah berdasarkan pada hasil kajian dalam dan juga luar teks Hikayat Awang Kamaruddin karya Rahim Dulani ,


Hikayat Awang Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai HAK  tergolong dalam karya prosa tradisional sebagai sastera lisan di kalangan masyarakat Kedayan. Generasi emas menyebutnya ‘pitaran’ yang disampaikan secara berlagu dengan iringan pukulan dombak atau rebana yang dikenali juga sebagai ‘labai’. HAK adalah sastera rakyat jenis penglipur lara yang berbentuk cereka serta popular dalam kesusasteraan rakyat. Hikayat ini mengandungi sebanyak 11 bab.

Matlamat blog ini direkacipta khusus untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu  bagi guru-guru dan para pelajar. Di samping itu, memudahkan orang ramai untuk mengenali serba sedikit mengenai hikayat warisan turun-temurun milik masyarakat Kedayan secara amnya. Selain itu, blog ini juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan bacaan mahasiswa dan mahasiswi yang ingin mengkaji mengenainya dengan lebih terperinci.
Terdapat pelbagai aspek yang disediakan di dalam halaman blog ini iaitu mengenai unsur kesaktian, unsur pengembaraan, adat istiadat, perbandingan watak, konflik dalaman watak dan salasilah keluarga Awang Kamaruddin. Selain itu, blog ini juga ada memuatkan ilustrasi, video dan juga aktiviti bagi membantu pembelajaran dan kefahaman pelajar dan orang awam terhadap Kesusasteraan Melayu dengan lebih efektif dan jitu. Mengenai ilustrasi gambar dan video yang terdapat dalam blog tunasastera  Hikayat Awang Kamaruddin adalah sekadar gambar hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Penghargaan sekali lagi diberikan kepada pensyarah Cikgu Rozaiman kerana membantu kami dalam mengintegrasikan blog kami yang telah dipantau oleh beliau. Tidak lupa juga diberikan kepada orang awam yang sudi meluangkan masa mereka untuk ditemubual tentang langir serta ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan yang berusaha menjayakan dalam penghasilan blog ini.

 Oleh yang demikian, kami berharap agar blog tunasastera Hikayat Awang Kamaruddin mampu membuka mata masyarakat iaitu Brunei juga memiliki hikayat yang unik lagi indah. Hikayat ini merupakan gambaran tentang masyarakat Brunei yang kaya dengan budi bahasa, budaya, cara hidup dan sebagainya. Kami juga berharap agar pengunjung blog kami akan dapat memperluaskan dan memperkayakan lagi pengetahuan mereka tentang hikayat ini. Akhir kata, terimalah pantun daripada kami,
TUNASASTERA HAK SUDAH TERCIPTA,
UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA BISKITA,
ANDAI ADA TERSILAP KATA,
MAAF JUA YANG KAMI PINTA.
Dengan ini kami mempersilakan anda untuk mengunjungi blog kami dan selamat maju jaya kami ucapkan. Sekian Terima Kasih